Assalamulaikum
wbt dan salam perpaduan,
Y.Bhg.
Dr Mohd Sham Bin Othman,
Timbalan
Pengetua 1,
Kolej
Tun Syed Nasir,
Y.Bhg.
Cik Umi Izzati Bt Sedon
Felo
Pemantau Jaksa Sukan & Rekreasi
Kolej
Tun Syed Nasir,
Ahli-ahli
organisasi Kelab Badminton,
Serta
para peserta yang kasihi sekalian.
Terlebih
dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita
bersama-sama berkumpul dalam majlis yang penuh bersejarah dan amat bermakna
ini.
Sesungguhnya
Pertandingan Badminton Piala Emas KTSN 2013 ini merupakan salah satu aktiviti
kelab yang dianjurkan oleh Kelab Badminton KTSN pada setiap tahun.
Pertandingan
ini bertujuan untuk membina sahsiah, semangat berpasukan dan muhibbah dalam
kalangan pelajar KTSN. Hal ini berlaku apabila setiap peserta mewakili setiap
course/program masing-masing contohnya Fakulti Farmasi, Fakulti Perubatan, dan
Sains Kesihatan seperti Biomed, EVH, Optometri dan lain-lain yang terlibat.
Semua peserta telah bermain bersungguh-sungguh mencapai kemenangan untuk
menaikkan nama fakulti atau program masing-masing.
Bersukan
seperti badminton ini juga berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira
ideology. Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu dan seperti
yang anda lihat terdapat para peserta kita yang terdiri daripada kalangan kaum Melayu,
Cina dan India. Saya dapat lihat juga terdapat gabungan antara mereka ketika
bertanding. Saya berasa berbangga dengan pencapaian yang telah ditonjolkan oleh
mahasiswa-mahasiswa KTSN ini. Tahniah saya ucapkan.
Selain itu, pertandingan ini dapat mengalakkan persaingan yang
sihat ke arah membentuk kecermerlangan sukan di KTSN. Untuk pengetahuan semua,
misi bagi pertandingan ini juga adalah untuk menarik minat semua lapisan
mahasiswa dan mahasiswi agar mereka yang terlibat ini dapat menajamkan dan
mengeluarkan bakat yang terpendam dan seterusnya dapat mewakili kolej ke
peringkat yang lebih tinggi seperti SUKEM dan SUKIPT. Di samping itu, para pelajar yang masih baru dapat mendalami sukan badminton
lantas memilih sukan badminton sebagai sukan kegemaran dan dijadikan hobi di
masa kelapangan.
Amalan gaya hidup yang sihat perlu dipupuk dengan mengimbangkan
antara akademik dan kokurikulum. Bermain badminton atau apa sahaja sukan boleh
menyihatkan tubuh badan. Ada perpatah
Arab yang berbunyi `Akal yang sihat
adalah dari badan yang sihat’..memang benar.. Bila kita bersukan , badan akan
terasa segar dan menjadi lebih bertenaga kerana lemak yang terbakar tadi
ditukarkan kepada sumber tenaga anda. Pada
masa yang sama akal kita akan dapat beroperasi dengan baik..ini insyaALLAH akan
dapat menambahkan lagi kekusyukkan kita ketika belajar, bersolat dan
lain-lain..dan jika sukan yang dimainkan adalah badminton, maka secara tidak
langsung akan menguatkan tangan kita apabila kita menghayunkan raket badminton
ke kiri dan ke kanan. Bukan tangan dahaja, malah kaki juga bergerak pada masa
yang sama seperti berlari dan melompat untuk mengejar shuttle.
Sukan seperti badminton memberi banyak faedah kepada kesihatan kita
dan juga salah satu cara untuk awet muda dengan meningkatkan kadar HDL
kolestrol baik dan mengurangkan kadar kolestrol yang puaka dalam tubuh. Maka,
ia amat bagus untuk jantung dan membantu mengawal tekanan darah tinggi.
Semua kebaikan yang disebut tadi akan membuatkan anda rasa kuat,
sihat, bermotivasi, bersemangat dan muda!
Maka, saya menggalakkan para pelajar semua
menyertai apa sahaja aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak kolej
samada program yang berbentuk kurikulum mahupun kokurikulum. Dan kita jangan
berputus asa sekiranya anda gagal dalam pertandingan dan acara yang
dipertandingkan kerana adat perlawanan ada kalah dan ada pemenangnya. Mungkin
pada tahun ini anda kalah, tetapi yakin dan percayalah pada tahun hadapan sekiranya
anda berusaha dengan lebih gigih lagi insyAllah anda pula yangakan menang dan
berjaya.
Hadirin
dan hadirat sekalian,
Saya
rasa tidak perlu berucap terlalu panjang kerana kita ada agenda seterusnya
iaitu penyampaian hadiah kepada para pemenang, maka dengan lafaz Bismillah
hirrahmanirrahim saya dengan ini merasmikan penutupan Pertandingan Badminton
Piala Emas KTSN 2013. Sekian sahaja ucapan saya pada kali ini. Wabillahi taufiq
wal hidayah wa salamu ‘alaikum.