Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts

Saturday, 15 March 2014

KUCING MATI MASUK SYURGA ATAU TIDAK?

Ustaz Azhar Idrus :

Kucing ini Allah jadikan sejenis binatang eksotik, binatang peliharaan yang bermain dengan orang dan duduk dalam rumah. Dua jenis binatang yang main dalam rumah orang, sampai atas katil naiknya. Iaitu kucing dan anjing. Untuk orang kafir adalah anjing, untuk orang Islam adalah kucing. Adil dah di situ. Tapi ada sesetengah kita yang tidak puas dengan kucing, nak juga anjing dibela di dalam rumah. Aa tu yang pelik tamak nih. Bukan kata tidak boleh bela anjing pada orang Islam, tetapi ada kegunaannya. Contohnya, nak jaga kebun, kita duduk rumah, kebun kita nun sana di dusun, takkan nak suruh anak kita duduk dalam hutan? Letaklah anjing, maka itu dibolehkan untuk dibela atas tujuan yang betul.

Dua-dua orang putih ke memang sayang anjingnya, orang Islam pula sayang kucingnya. Kene dah dengan tempat tu. Itu makanya bijaknya Allah. Binatang yang boleh duduk dalam rumah orang. Allah tak buat badak sumbu dalam rumah orang, gajah duduk dalam bilik, tido. Ha, orang tak buat gitu.

Disebut oleh ulama-ulama tafsir, binatang-binatang dibangkitkan di padang Masyhar, kemudia juga diadili oleh Allah. Supaya Allah melihat keadilan Allah bahawa binatan pun diadili. Kemudan ia dijadikan tanah. Pada masa inilah orang-orang kafir bercita-cita ingin menjadi tanah. "Lau kun taturoba" Andainya elok aku juga menjadi tanah macam binatang. Tak masuk neraka. Jadi, tidak ada binatang yang masuk di dalam syurga menurut pendapat yang sahih. Walaubagaimanapun, ada pendapat yang lemah yang mengatakan beberapa jenis binatang yang masuk di dalam syurga.

Tidak perlu berbalah mengenai perkara ini. Perkara yang khilafiyah. Yang kita perlu yakin, ada banyak binatang yang berada di dalam syurga. Kerana ia disebut di dalam hadis. Seorang laki-laki berkata "Ya, Rasulullah, saya ini minat bermain kuda. Maka, adakah di dalam syurga itu adanya kuda?" Nabi menjawabnya "Ya. Bahkan kuda itu boleh terbang" Menunjukkan di sini adanya kuda di dalam syurga. Melalui hadis inilah, dilukis kuda-kuda terbang di dalam dinding-dinding gereja. Kebanyakannya di Sepanyol. Jika di Rome, banyaknya lukisan Nabi Isa dengan Maryam. Di Sepanyol banyak gambar-gambar syurga. Di antaranya kuda putih yang terbang. Itu yang nabi sebut di dalam hadis. Kuda ada dua sayap yang boleh terbang.

Jadi, apa yang kita minat, binatang apa yang kita minat, ada di dalam syurga. Jika minat burung titit, mung masuk syurga, ada tak burung dalam syurga? Ada. Tetapi istimewa. Ada hadis lain yang mengatakan, kita melihat comelnya ayam itu, comelnya burung. Ayam itu bertanya semula kepada kita "Nak makan?"  Kita pun mengatakan "Nak". "Masak lagu mana?" tanyanya balik kepada kita. Kita pun jawab "3 Rasa". Kemudian, burung pun sendiri berguling-guling masuk dalam kuali dan menjadi makanan. Lalu ia kita makan. Di sini menunjukkan adanya binatang di dalam syurga.

Yang tidak ada di dalam syurga, benda-benda seperti hotdog.