Monday 12 March 2012

NOVEL YG MENGELUARKAN AIR MATAKU...


Bagaimana ya .. untuk menzahirkan Mencari KEKASIH dengan bait perkataan yang sesuai? Membacanya sahaja saya sudah terpesona dengan  lenggok bahasa Zaharah. Lunak dan bersahaja.

Benar. Saya tidak perlu berfikir panjang, andai kata memilih untuk memiliki novel Zaharah Muhammad. Kerana novelnya tidak pernah mengecewakan selera saya . Pada saya, beliau tidak memerlukan umpan yang besar-besar untuk memburu pembaca kerana beliau memiliki tarikan tersendiri.

Zaharah memulakan kisahnya dengan prolog. Mengimbas kembali kenangan luka Ahmad Naim. Benarkah ada luka dihati lelaki itu? Saya kira dia cuma 'terasa' pabila mengetahui kisah lalu yang terlipat rapi dalam hati seorang wanita yang bernama Zainab.

Memang benarlah, namanya tidaklah enak dibibir namun, tetapi itukan nama puteri baginda Rasullullah S.A.W. Nama yang terpilih.
Zaharah mengindahkan lagi  pemilik nama itu dengan peribadi yang anggun, , manusia tabah yang elok pekertinya.

Zainab lahir dan membesar dalam lingkungan keluarga yang terdidik peribadinya Tamat pengajian dia kembali ke laman ayah bonda dengan harapan hasratnya mendapat restu keluarga . Dia yang ingin berbakti kepada tanah. Namun awal-awal lagi niatnya ditentang hebat.Tiada siapa yang menyokong termasuklah ayahnya yang selama ini amat mengasihinya.
  Seawal usia remaja dia telah ditunangkan dengan Ahmad Naim, rakan sepermainan pada zaman kanak-kanak. Janji yang termetri dikianati Ahmad Naim yang kononnya Zainab tidak pernah sudi menghubunginya. Pada Zainab apa yang dijanji oleh keluarga mereka, maka itulah janjinya juga. Apa yang telah diakui oleh hatinya kepada Ahmad Naim, maka itu adalah harapan nalurinya. Namun harapan yang diberikan itu tidak mencukupi untuk lelaki itu. Bumi asing  benar-benar telah mengasingkan hati mereka juga. ( Saya suka cara Zaharah melakarkan perasaan Zainab kala dimusuhi keluarga pabila Ahmad Naim memulangkan kembali cincin pertunangan yang termetri 5 tahun lalu )

 Dahulu padanya, rumah itu adalah jannah mereka sekeluarga. Ketenangan yg mercik dimana-mana. Namun kini,  dia tertanya-tanya kenapa semua keindahan itu telah hilang Nurnya. Keluarga yang seperti sudah tidak mempunyai Rohnya lagi. Keresahannya bertambah pabila adiknya Adibah ditangkap khalwat. Muka Lebih Salleh terpalit malu lantaran anaknya memperlakukan begitu. Anak-anak yang lain seolah-olah melarikan diri..enggan mengambil tahu. Yang tinggal hanyalah dia dan Alang Solehin yang berdiri memapah malu yang ditanggung keluarga.Mereka dihina lagi bila pihak lelaki memungkiri janji. Membatalkan ijab dan kabul pada saat-saat akhir. Siapa yang menduga dicelah-celah kekalutan itu muncul Aiman, anak jiran terdekat menawar diri sebagai pengantin lelaki demi menutup aib keluarga itu. Pada Aiman dia melakukan begitu kerana perasaannya yang mencintai Zainab padahal wanita itu langsung tidak pernah tahu! ( Masih ada lagikah manusia sebegitu hatinya ? )

Dia pergi membawa diri. Bukan terkilan kerana cinta Aiman. Dia ingin mencari sesuatu yang hilang dari nuraninya. Menumpang di rumah sahabat lama telah membuka rezeki kepadanya untuk menjadi pendidik di Al- Kauthar, sebuah sekolah agama. Dia mula serasi di tempat itu, menabur bakti kepada murid-murid yang telah mengangap dirinya sebagai ibu. Ketulusannya amat dikagumi. Sikapnya sungguh disenangi.
Cerita yang panjang ini , saya ingin pembaca sendiri menilainya hingga ke penamat. Kerana saya sendiri tidak mampu untuk membuat ulasan yang baik lantaran karya beliau sungguh jujur dan cantik.

@@  @@  @  @@  @@


Namun..entahlah ya, kenapa saya rasa selesa membaca karya-karya Zaharah. Mungkin gaya ceritanya yang padat berunsur nasihat, peringatan dan agama, membuatkan tulisannya sungguh terkesan dihati saya. Apa lagi ya… mungkin juga cara Zaharah menzahirkan rasa cinta sesama manusia di dalam ceritanya. Saya suka caranya yang tidak 'over' dalam menyatakan perasaan ( Zainab banyak menyembunyikan perasaan halusnya daripada siapa-siapa ) mungkin bagi sesetengah pembaca merasakan tidak seronok begitu! tetapi pada pandangan saya pula, saya suka begitu, sesuai benar sebagai  wanita muslim yang beriman( watak Zainab, contoh terdekat dalam cerita ini).
Saya santai membaca karya Zaharah. Dalam nasihat beliau masih sempat membuatkan hati saya tercuit lucu. Dengan jumlah muka surat 776 saya gembira menyelesaikannya biarpun dalam sendu. Sungguh, saya teresak-esak diawal cerita dan penghujungnya juga berteman air mata.


Zaharah, Tahniah!

(ulasan ini sy ambil dr sebuah blog tu sbb sy tak tahu nak buat ulasan mcmna. apa2 pun, sy sokong benar ulasan pemblog tu)


Aku serius wehh... cerita ni mmg sedih giler ar bagi aku. Bacalah weh.. bukan sebarang KEKASIH yang dimaksudkannya ini... Watak utamanya seorang perempuan yang tabah imannya..  bacala weh.. BACALAH CERITA INI!!