Saturday 1 March 2014

Surat Mohon Cuti Raya Haji dan penangguhan hari

Dr. HANITA BT OTHMAN,
Ketua
Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik,
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
 


GOH EU WEI,
Ketua Pelajar ,
Sains Bioperubatan Tahun 3,
Universiti Kebangsaaan Malaysia                                                                                        2 Oktober 2013
                                                                                              
Puan,

PERMOHONAN CUTI RAYA HAJI SELAMA SEHARI

Merujuk kepada perkara diatas, Saya  Goh Eu Wei/Mo.Matrik (IC no.),mewakili pelajar Sains Bioperubatan Tahun 3 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  untuk memohon cuti selama sehari, iaitu pada 14 Oktober 2013 bersamaan hari Isnin sehari sebelum Raya Haji yang akan bertarikh 15 Oktober 2013.

2.   Tujuan kami  memohon cuti pada hari Isnin tersebut kerana ingin memberi peluang kepada pelajar yang beragama Islam untuk pulang ke kampung terutama yang tinggal berjauhan untuk menyambut Hari Raya Haji. Sehubungan itu, kami memohon cuti sehari dan ditangguhkan Kursus Diagnosis di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang bertarikh pada 14 Oktober 2013.

3.  Dengan ini saya lampirkan senarai nama pelajar yang memohon cuti pada hari tersebut. (LAMPIRAN 1)

4. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak puan dapat mempertimbangkan dan meluluskan permohonan cuti tersebut.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,

 


(GOH EU WEI)
Ketua Pelajar ,
Sains Bioperubatan Tahun 3,

Universiti Kebangsaaan Malaysia              

No comments:

Post a Comment