Saturday, 27 April 2013

Contoh Teks UcapaN Pengetua Pertandingan Badminton


Assalamulaikum wbt dan salam perpaduan,
Y.Bhg. Dr Mohd Sham Bin Othman,
Timbalan Pengetua 1,
Kolej Tun Syed Nasir,
Y.Bhg. Cik Umi Izzati Bt Sedon
Felo Pemantau Jaksa Sukan & Rekreasi
Kolej Tun Syed Nasir,
Ahli-ahli organisasi Kelab Badminton,
Serta para peserta yang kasihi sekalian.
Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana  dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam majlis yang penuh bersejarah dan amat bermakna ini.
Sesungguhnya Pertandingan Badminton Piala Emas KTSN 2013 ini merupakan salah satu aktiviti kelab yang dianjurkan oleh Kelab Badminton KTSN pada setiap tahun.
Pertandingan ini bertujuan untuk membina sahsiah, semangat berpasukan dan muhibbah dalam kalangan pelajar KTSN. Hal ini berlaku apabila setiap peserta mewakili setiap course/program masing-masing contohnya Fakulti Farmasi, Fakulti Perubatan, dan Sains Kesihatan seperti Biomed, EVH, Optometri dan lain-lain yang terlibat. Semua peserta telah bermain bersungguh-sungguh mencapai kemenangan untuk menaikkan nama fakulti atau program masing-masing.
Bersukan seperti badminton ini juga berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideology. Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu dan seperti yang anda lihat terdapat para peserta kita yang terdiri daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Saya dapat lihat juga terdapat gabungan antara mereka ketika bertanding. Saya berasa berbangga dengan pencapaian yang telah ditonjolkan oleh mahasiswa-mahasiswa KTSN ini. Tahniah saya ucapkan.
Selain itu, pertandingan ini dapat mengalakkan persaingan yang sihat ke arah membentuk kecermerlangan sukan di KTSN. Untuk pengetahuan semua, misi bagi pertandingan ini juga adalah untuk menarik minat semua lapisan mahasiswa dan mahasiswi agar mereka yang terlibat ini dapat menajamkan dan mengeluarkan bakat yang terpendam dan seterusnya dapat mewakili kolej ke peringkat yang lebih tinggi seperti SUKEM dan SUKIPT. Di samping itu, para pelajar yang masih baru dapat mendalami sukan badminton lantas memilih sukan badminton sebagai sukan kegemaran dan dijadikan hobi di masa kelapangan.
Amalan gaya hidup yang sihat perlu dipupuk dengan mengimbangkan antara akademik dan kokurikulum. Bermain badminton atau apa sahaja sukan boleh menyihatkan tubuh badan.  Ada perpatah Arab yang berbunyi  `Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’..memang benar.. Bila kita bersukan , badan akan terasa segar dan menjadi lebih bertenaga kerana lemak yang terbakar tadi ditukarkan kepada sumber tenaga anda.  Pada masa yang sama akal kita akan dapat beroperasi dengan baik..ini insyaALLAH akan dapat menambahkan lagi kekusyukkan kita ketika belajar, bersolat dan lain-lain..dan jika sukan yang dimainkan adalah badminton, maka secara tidak langsung akan menguatkan tangan kita apabila kita menghayunkan raket badminton ke kiri dan ke kanan. Bukan tangan dahaja, malah kaki juga bergerak pada masa yang sama seperti berlari dan melompat untuk mengejar shuttle.
Sukan seperti badminton memberi banyak faedah kepada kesihatan kita dan juga salah satu cara untuk awet muda dengan meningkatkan kadar HDL kolestrol baik dan mengurangkan kadar kolestrol yang puaka dalam tubuh. Maka, ia amat bagus untuk jantung dan membantu mengawal tekanan darah tinggi.
Semua kebaikan yang disebut tadi akan membuatkan anda rasa kuat, sihat, bermotivasi, bersemangat dan muda!
Maka, saya menggalakkan para pelajar semua menyertai apa sahaja aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak kolej samada program yang berbentuk kurikulum mahupun kokurikulum. Dan kita jangan berputus asa sekiranya anda gagal dalam pertandingan dan acara yang dipertandingkan kerana adat perlawanan ada kalah dan ada pemenangnya. Mungkin pada tahun ini anda kalah, tetapi yakin dan percayalah pada tahun hadapan sekiranya anda berusaha dengan lebih gigih lagi insyAllah anda pula yangakan menang dan berjaya.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Saya rasa tidak perlu berucap terlalu panjang kerana kita ada agenda seterusnya iaitu penyampaian hadiah kepada para pemenang, maka dengan lafaz Bismillah hirrahmanirrahim saya dengan ini merasmikan penutupan Pertandingan Badminton Piala Emas KTSN 2013. Sekian sahaja ucapan saya pada kali ini. Wabillahi taufiq wal hidayah wa salamu ‘alaikum.

Sunday, 21 April 2013

What is the meaning of "FRIEND"??

One of my colleagues make a video and ask everyone, one by one; "What if the meaning of FRIEND?"

She ask me, I'm speechless.. Not just me, but almost everyone like that.. So, if I ask you; "What is FRIEND?" What will be your answer?

To me, friend is a term that can't be described in just a few words.. The exact meaning of it, nobody knows..

Its depends on each individual itself to describe what is friend to them..

For me, FRIEND is

someone who I can laugh together,

make jokes together,

somebody who I care most of,

although not always meet together but there is inside feeling where we always miss each other,

when together we become crazy people

,laugh hard not care about others,

cry together when it sad,

tell bad jokes to them, but nobody of us cares



I just pick this from other blogs:

AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you have to think before you speak to me!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
my presence ever makes you feel uncomfortable!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you have to thank me for everything i do for you!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you have to say sorry for everything
that you don't do!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you have to ask me for favors!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you think i would not be curious to
know your new philosophy of life!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you go by what i say and do not understand
what i don't say!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you think that listening to your dreams
would put me to sleep!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you think that seeing you in pain, would
not bring a tear to me!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you think I do not remember the first time
we met!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you don't see the thousand ways I try to
make you happy!

Thursday, 21 June 2012

Demi dia

Sesiapa pun yang engkau pilih, pastikan pasanganmu itu, kau bawanya ke syurga.. Bukan untuk dunia semata-mata. Lebih baik sekiranya kedua-dua berniat untuk menuju ke jalan-Nya. Bukan apa, tetapi demi mendapat keREDHAANnya..

Friday, 13 April 2012

What is QARIN ?


Know what is Qarin, which have always been with us?

Qarin was someone created by ALLAH s.w.t as a human companionCan be said to be "twins" of man. Every man born into this world have their own QarinRasulullah s.a.w. itself is no exception.Only difference, Rasulullah's qarin is a Muslim. While others are infidels.

In general the unbelievers's qarin works led to crime. He whispered doubts,neglect prayer,  feels weighing in reading the Qur'an and etc. In fact, they working with 'tooth and nai'l to prevent their companion from worship and goodness.

To strike a balance between these qarin, Allah swt sent angel. These angel would imply that right and make a good callSo it's up to everyone to make choices according to which the stronger influenceHowever, Muslims are able to govern and make the influence of the Qarin weak and helpless.

How, by reading the "Bismillah" before doing any work, doing many zikir, reading the Quran and faithful in carrying out Allah's commandments.

From Abdullah Mas'ud r.a., the Prophet s.a.w. said : "All of you have Qarin from the jinn, and Qarin from angels race. They said:" O Messenger, do you also? "said:" Yes, I too was there, but Allah swt has helped me so the Qarin can become Islamic and the Qarin just ask me in the case of righteousness . "
(Reported by Ahmad and Muslim)

Aishah r.a. related that the Prophet one night out of her  (Aishah r.a) houseshe said: "I feel jealous." He suddenly turned around and asked: "O Aishah, what has happened, what are you jealous of?" I said: 'How can I do not envy someone like you, O Messenger of Allah. " Prophet said "have you being mastered by the devil?" I asked: "Do I have the devil?" Prophet said: "Every man have their devil, that Qarin." I asked: "Do you even have the Qarin, O Messenger of Allah?" He replied"Yes, but God help me to so that my Qarin converted to Islam."
(Reported by Muslim)

In another hadith from Ibn 'Umarsaying of the Prophet which means: "I imperatives of Adam with two things, my syaithan was infidel but Allah help me until the syaithan was MuslimSecond, my wives will help me but Adam's syaithan still infidel and  his wife's help he made ​​a mistake."
(Reported by Baihaqi)

Ibn al-Muqaddasi Muflih tells a story: Once upon a time, the devil that accompany the faithful, take a close contact with the heathen's devilSatan, who follow the faithful is thin, while the unbelievers's satan was fat. Then asked why are you thin"How am I not thin, and when the faithful came to the house he was zikrullah, take him to remember Godwhen drinking, too." Instead of following Satan who disbelieve say: "I always eat with him and so is drinking."

Qarin be separated with their "twin" it is only when the human died. The human spirit will be placed in a Partition, while qarin survive because usually age genie is long. However,when hereafter, both will be charged by Allah swt for judgment. But qarin will not take responsibility  for error or human disobedience.

# Try to imagine for a moment about our Twin, especially when we feel the urge to commit acts of sin and evil.
Sure the Qarin has been happy if we 'Coffin' with evil and sad if we were able to curb.

* Remember this and think about what we do.

NEVER ONCE AND AGAIN LOST TO THE QARIN AND COME BACK TO REAL ISLAM ROAD!

Apakah itu QARIN?


Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !

والله اعلم


Surah Al-A'raf

Ayat 172:
Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, :Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini,"


Ayat 173 :
atau agar kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya nenek moyang kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami adalah keterunan yang (datang) setelah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan org-org dahulu yang sesat?


Ayat 174 :
Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu, agar mereka kembali (kepada kebenaran).


Ayat 175 :
Dan bacakanlah (Muhammad) kpd mereka, berita orang yg telah Kami berikan ayat-ayat Kami kpdnya, kemudian dia melepaskan diri drpd ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh setan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk org yang sesat.


Ayat 176 :
Dan sekiranya Kami mengehendaki niscaya Kami tinggikan (derajat)nya dengan (ayat-ayat) itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya (yang rendah), maka perumpamaanya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya ia menjulurkan lidahnya (juga). Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir.


Note : Saya menulis ayat-ayat Allah ini kerana Allah berfirman "maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir."