Friday 7 March 2014

Adakah naga wujud? Bagaimana rupa naga begitu?

Baik, apa yang pelik, boleh jadi ada, boleh jadi tidak. Tidak mustahil Allah swt boleh cipta naga. Namun kerana tiada bukti, usah kita bercerita tentangnya. Jadi, naga itu tiada, maka kita mengatakan ia mitos, cerita orang-orang dahulu kala sahaja. Tapi, kalau sekali benda (bukti) itu ada - tulang contohnya, maka, adalah benda itu. Tulang-tulang besar selalu dijumpai, seperti di Australia etc. Bila ada tulang itu, maka adalah isinya - dulu. La sekarang ini tinggal tulang sahaja. Jadi, jika ada tulang, maka adalah binatangnya beribu tahun dahulu, zaman dinasour, zaman Nabi as, tapi dia besar. Kenapa dia besar? Kerana sebelum zaman turun Nabi Adam dia duduk dengan kaum Jin. Ni cameron highland ni dulu Jin yang duduk. Selepas itu Allah pula berkata ingin ciptakan manusia di bumi, Malaikat bertanya "Ya Allah, adakah kamu akan buat satu lagi makhluk yang akan melakukan penumpahan darah dan berbunuhan, kemaksiatan, kemungkaran?" Ada tafsir yang mengatakan ianya bermaksud "Adakah nak buat jin lagi yang macam yang ada di bumi sekarang ini?" Disebut pula di dalam hadis, apabila diturunkan pula Nabi Adam as, maka dihalau jin-jin ke laut dan ke gunung-ganang. Sehingga dalam kitab-kitan hadis pula, "Siapa yang ingin ke laut atau gunung-ganang, hendaklah membaca ayat-ayat perlindungan daripada Jin. Jadi, sekarang masih belum diketemui tulang naga. Adanya tulang besar, tulang gajah yang besar sahaja. Jadi maka jawapan yang paling tepat ialah "apa yang pelik, boleh jadi ada, boleh jadi tidak"

No comments:

Post a Comment