Tuesday 31 January 2012

Apa sebab Wanita Islam Tidak boleh Berkahwin dengan Laki-laki Kristian?

Pertanyaan:

Seorang kawan pemeluk agama Kristian bertanya kepada saya, apa sebab dalam agama Islam diblohkan laki-laki Islam kahwin dengan wanita Kristian, sedang wanita Islam tidak boleh kahwin dengan laki-laki Kristian?

Jawapan:

Memang itulah cara yang sebaik-baiknya. Sebab kalau seorang laki-laki kahwin dengan wanita Kristian tidaklah akan terjadi banyak pertentangan dalam rumahtangga.

Pertama, meskipun orang Islam tidak percaya bahawa Nabi Isa Al-Masih adalah anak Tuhan atau termasuk dalam "Triniti" atau "Tritunggal", namun hormtanya orang Islam kepada Nabi Isa sama juga dengan hormatnya terhadap nabi-nabi yang lain. Padahal kalau seorang perempuan Islam bersuami Kristian, akan terjadilah kekacauan kepercayaan dalam rumahtangga, kerana menurut kepercayaan orang Kristian Nabi Isa itu adalah Tuhan, dan Nabi Muhammad adalah seorang nabi palsu, seorang jahat, seorang pengganas dan sebagainya. Jadi perasaan keagamaan si perempuan akan terus tertekan oleh kepercayaan suaminya.

Kedua, menurut peraturan agama Islam jika si suami seorang Islam yang taat dan isterinya wanita Kristian taat pula memeluk agamanya, hendaklah suaminya menghormati kepercayaan isterinya. Bahkan kalau dia mengkehendaki dihantarkan ke gereja buat sembahyang pada hari Minggu, hendaklah si suami mengabulkan permintaanya itu. Padahal kalau suami seorang Kristian dan isteri wanita Islam, tidaklah akan jadi demikian, kalau suaminya itu seorang yang konsekuen memegang teguh peraturan agamanya.

Islam memandang orang Kristian adalah "Ahlul Kitab" umat yang menerima Kitab Suci, dan yang paling dekat hubungan batin dengan Islam. Sedang kaum Kristian memandang agama Islam adalah agama palsu. Nabi Muhammad bukan nabi dan Al-Quran hanya kitab yang dikarang oleh Muhammad saja.

Oleh sebab itu, jika Islam membolehkan laki-laki Islam mengahwini perempuan Kristian, ialah kerana Islam merasa tidak ada yang dirugikan. Perempuan itu tidak akan rugi bersuami orang Islam, dan si suami pun tidak rugi kerana beristeri perempuan itu sebab dia tidak boleh dipaksa masuk Islam. Tetapi kalau wanita Islam bersuami orang Kristian, sudah nyata ada yang dirugikan, iaitu pihak perempuan sendiri, kerana dalam agama Kristian tidak ada jaminan tegas tentang bolehnya dan bebasnya perempuan itu melakukan agamanya. Kalau ada kebebasan dari pihak si suami, bukanlah itu lantaran perintah agamanya, melainkan dari kehendak peribadinya saja.

Sungguhpun telah demikian, Ulama-ulam Fikah Islam banyak juga yang berpendapat bahawa laki-laki Islam tidak juga boleh mengahwini wanita Kristian, kalau iman laki-laki itu lemah.*

*Diambil dari buku 'Membahas Kemusykilan Agama' oleh Prof Dr Hamka:

No comments:

Post a Comment