Thursday 12 January 2012

Perbezaan kepandaian

Setiap hari aku mendapati bahawa 'mereka' ini adalah antara yang amat berjaya pencapaiannya dari segi akademiknya (aku tak tahulah kalo fizikalnya.. just tau prkembangan achievement nya) Dengan berjayanya mereka ini di mana2 pun mereka berada, aku terasa jugak "ah.. cemburunya aku..hebat ar diorg.." Aku mengaku, aku memang tak dapat berhenti daripada fikir macam tu.. Cemburu tu amat kuat. Tapi, aku tau, aku tak boleh nak buat apa-apa.. walau aku berusaha macammana pun, mereka tetap berada jauh ke hadapan. Malah, munkin juga mereka semakin jauh meninggalkan aku di belakang. Terasa geram ada juga sampai kadang2 terfikir, "kenapalah aku tak jadi sehebat macam diorg??"

Tapi, last2, aku tetap sedar, apa guna aku merungut macam tu. Yelah, aku mungkin tak ar sehebat diorang yang AMAT berjaya tu, tapi, sekurang-kurangnya, aku ada kelebihan yang diorang TAK semestinya ada.. kan? kan? Aku pandai melukis, diorang? Aku boleh main basketball dengan futsal, diorang? (aku tak taulah diorang boleh  ke tidak dgn semua tu.. tapi, just nak sedapkan perasaan sendiri, kata jelah TIDAK) Maksud aku kat sini, aku ada macam-macam yang aku perlu banggakan terhadap diri sendiri.. so, buat apa nak tengok orang lain?? Tak ada MAKNAnya..

Diorang tu berjaya sebegitu mungkin sebab diorang telah diTAKDIRkan untuk sesuatu tanggungjawab, tanggungjawab itu mungkin yang lebih berat berbanding kita ini yang org lihat macam tahap SEDERHANA jer.. kita tak tahu.. Diorang mungkin adalah suatu hari nanti yang akan jadi pemimpin negara.. jadi seorang doktor ke, peguam ke, yang mana tanggungjawab seperti ini tak semua orang boleh angkut.. Allah Maha Mengetahui dan aku mengaku aku tak mempu rasanya untuk mengangkat tanggungjawab sebegitu, sebab aku ni jenis yang bukanlah RAJIN sangat..

2 comments: