Monday 23 January 2012

Resipi Makaroni Bakar


(gambar ini bukan hasil yg aku buat sendiri, tapi, rupanya lebih kurang sama macamni la)

Pada suatu petang, aku meneliti buku resipiku yang bertajuk 'PIKNIK'.. aku membelek-beleknya dan di muka surat 17, ternampak tajuk kecilnya 'MAKARONI BAKAR'.. Aku tersenyum, la, mudah jer, so.. "JOM BUAT!"

BAHAN-BAHAN:

300g makaroni
250g daging cincang
4 biji telur (dipukul sehingga kembang)
3 sudu makan rempah kari daging
2 labu bawang besar (dicincang)
1 tin susu cair
1 cawan air (250ml air)
sedikit keju parut untuk ditabur
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Rebus makaroni hingga empuk dan toskan
2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang bersama dengan rempah kari sehingga naik bau
3. Selepas itu, masukkan susu, garam dan gula. Kacau rata
4. Masukkan makaroni, air dan kacau sehingga mendidih
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak
6. Setelah itu tuangkan telur dan taburkan keju
7. Bakar selama 45 minit dan sedia untuk dinikmati.

Notes:
1.  resipi ini utk hidangan 8 org. sbb mmg banyak.. tp, kalo korg kuat makan, boleh jadi resipi ni, utk 4 org   je..

MUDAH JER dan SEDAPP!! TRY AR.. 

1 comment: